JellyPages.com

Thursday 20 November 2014

Aku Rindu

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Hi guys. Hari nie nak cakap tentang rindu. Rindu ibu, rindu abah, rindu adik, rindu natrah, rindu syafiq, rindu suasana raya, rindu sahabat ; ly , yus , azu , farina , dani . Bila la agaknya boleh berkumpul. Kalau la masa tu bleh diundurkan. I prefer to choose secondary school time. I was had Abah, Ibu and perfect family. Now , abah gone and leave all of us here. Takdir Allah yang menentukan segalanya. Erm.. sedih

     Buat sahabat yang saya sayangi , awak semua jugak la pembakar semangat saya. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang sentiasa mendengar masalah dan memberi dorongan.. Korang de best ! Ly, kau sahabat aku , walaupun aku jauh , kau tetap ada.. Yus azu dani farina , walaupun kita tak mungkin dapat berkumpul seperti dulu lagi tapi aku percaya Allah akan jaga ukhwah kita.. aku rindu korang dan rindu berdebat dalam kelas dengan korang.. erm kosong wehh kosong semenjak abah aku takde.. orang yang aku anggap kawan dekat sini adalah orang yang menghina aku.. aku xmarah kalau dia cakap pasal aku tapi dia da babitkan ibu abah aku.. aku cukup emosi kalau orang cakap pasal ibu abah aku.. kau taktahu rasa kehilangan tunjang keluarga kau.. kau taktahu rasa kekosongan yangbkau dapat lepas kau habis SPM.. kau taktahu wehh kau taktahu.. kau tahu rasanya kalau kau sendiri yang kena.. Abah, terima kasih atas kasih sayang yang pernah abah curahkan sepanjang hidup abah.. yaya sayangkan abah.. maafkan yaya jadi anak yang tak sempat menaburkan apa-apa jasa malah menjadi beban untuk abah.. yaya jarang luang masa dengan abah bila minggu SPM dekat.. yaya tak sangka abah pergi dengan cepat.. sedangkan yaya masih perlukan abah.. marah abah dekat yaya selama nie menjadi kenangan yang sangat bermakna sebab tiada lagi kemarahan seorang abah yang penuh dengan cinta dan kasih.. abah adalah guru matematik yaya yang pertama.. abah ajar yaya walaupun abah baru balik kerja.. Rindu abah :'(

Tuesday 16 September 2014

Perkenalan ♡

Assalamualaikum | Waalaikumusalam.

Hi. First of all , saya nak bagitahu sebab apa saya buat blogger baru . Hehe , saya aktif blogger yang lama tapi kerana kekangan masa belajar di MATRIK menyebabkan saya sukar untuk meluangkan masa menulis coretan manis ataupun pahit tentang kehidupan yang sedang saya jalani.

    Saya buat baru ni sebab yang lama tu adalah kehidupan lampau saya , bukan saya nak lupakan tapi saya cuma nak buka buku baru dengan kehidupan baru. Kehidupan baru yang mengajar saya erti tabah , sabar , tekun dan sentiasa mengingati Allah kerana Allah takkan beri ujian kepada hambaNya melainkan hambanya dapat memikul ujian itu. In sha Allah ujian yang sedang saya pikul tidak membuatkan saya lemah malah terus kuat demi mereka yang saya sayangi tak lain dan tak bukan iaitu ibu bapa saya sendiri , adik beradik saya , sahabat saya , kawan - kawan matrik saya yang banyak membantu dan buat saya tertawa… Terima kasih semua ♡ In sha Allah ukhwah kita sentiasa di bawah keredhaan Allah SWT...