JellyPages.com

Saturday 14 January 2017

Jodoh

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Hai semua .. Apa khabar? Lama kan saya menyepi? Saya cuba rawat luka yang masih terkesan .. Bukan mudah melupakan orang yang pernah kita sayang kan? Ri, aku tahu yang tengah bahagia dengan dia , aku minta maaf sebab selama ni aku jadi penghalang antara kau dengan dia .. Aku baru tersedar ri .. Aku bahagia andai kau bahagia ri .. Aku doakan kau berkekalan dengan dia .. Aku tahu selama ni aku memang bertepuk sebelah tangan .. Aku sedar semua tu .. Aku masih belum melupakan tapi aku sedang melupakan .. Aku tunggu kau ri dari kita putus sampai la masa kita APK .. Baru aku tahu sebenarnya kau tak pernah mengharapkan aku .. Perlahan - lahan kau sakitkan aku ri, dan kemudian izd suruh aku move on .. Saat tu dia kenalkan aku dengan kawan dia , aku anggap kawan , kemudian aku berfikir , kalau aku masih tunggu kau , aku takut aku menghalang hubungan dan kebahagiaan kau dan dia , aku pun buat keputusan untuk mengalah dan pergi .. Perlahan juga aku menerima insan baru , yang banyak sabar dengan kerenah aku .. Aku tahu kau tak kesah tapi aku nak kau tahu , kau sebab aku move on , sebab aku tahu kau da bahagia .. Lagipun tengok dari hubungan kita , tak bertegur sapa lansung memang takde harapan untuk kembali kan ri.. Ri, semoga kau sentiasa bahagia , walaupun aku tak pernah like , tapi aku sentiasa memerhatikan kau ri .. Maafkan aku sebab masih mencari .. Tapi in sha Allah , sem baru ni aku cuba lupakan kau sepenuhnya dan fokus pada kebahagiaan hari ni .. Jaga diri Ri ..

Friday 6 May 2016

Genap Sebulan

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Genap sudah sebulan kami berpisah . Harini aku gembira dalam sakit. Gembira melihat orang yang aku sayang sudah bersama dengan exnya kembali. Sakit.. Sakit sebab masih sayangkan dia.. Sakit sebab hati belum ingin melepaskan . Entah, aku pun tak pasti apa yg tuhan sedang rancangkan untuk aku, tapi setiap dalam sujud, aku minta aku lupakan soal jodoh sebab nak fokus pada taat kepada ibu, pada Nya. Aku minta agar aku lupakan sayang aku ke dia kalau dia bukan untuk aku, tapi sampai saat ni sayang tu belum juga hilang, tapi semakin kuat, aku taktahu jika permintaan aku salah, aku taktahu sama ada doa ku sudah berjawab ataupun belum.. Tuhan tunjukkan la jawapanMu yang sesungguhnya. Apa maksud disebalik semua ni? Kenapa  kau segarkan ingatan ku dengan memori antara kami, kenapa? Kau bantulah hamba lupakan dia macam mana dia lupakan hamba.. Sungguh hamba mohon.. Hamba tidak mahu terus mengharap pada kekasih orang.. sungguh terkutuk kalau hamba terus berbuat begitu.. Hm.. Hentikan lah pengharapan hamba kepada dia.. Mudah dia lupakan hamba tapi hamba.. Sebaliknya.. Maafkan aku.. Aku tak bermaksud untuk berharap.. Sudah semampunya berusaha.. Allahu..

Genap Sebulan

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

Genap sudah sebulan kami berpisah . Harini aku gembira dalam sakit. Gembira melihat orang yang aku sayang sudah bersama dengan exnya kembali. Sakit.. Sakit sebab masih sayangkan dia.. Sakit sebab hati belum ingin melepaskan . Entah, aku pun tak pasti apa yg tuhan sedang rancangkan untuk aku, tapi setiap dalam sujud, aku minta aku lupakan soal jodoh sebab nak fokus pada taat kepada ibu, pada Nya. Aku minta agar aku lupakan sayang aku ke dia kalau dia bukan untuk aku, tapi sampai saat ni sayang tu belum juga hilang, tapi semakin kuat, aku taktahu jika permintaan aku salah, aku taktahu sama ada doa ku sudah berjawab ataupun belum.. Tuhan tunjukkan la jawapanMu yang sesungguhnya. Apa maksud disebalik semua ni? Kenapa  kau segarkan ingatan ku dengan memori antara kami, kenapa? Kau bantulah hamba lupakan dia macam mana dia lupakan hamba.. Sungguh hamba mohon.. Hamba tidak mahu terus mengharap pada kekasih orang.. sungguh terkutuk kalau hamba terus berbuat begitu.. Hm.. Hentikan lah pengharapan hamba kepada dia.. Mudah dia lupakan hamba tapi hamba.. Sebaliknya.. Maafkan aku.. Aku tak bermaksud untuk berharap.. Sudah semampunya berusaha.. Allahu..

Saturday 23 April 2016

Berubah

Assalamualaikum | Waalaikumusalam .

      Hai semua. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.. Sakit atau sihat kita tetap kena bersyukur, kalau sakit kita kena bersyukur sebab diampunkan dosa-dosa kita manakala kalau sihat, bermakna kita diberi nikmat kesihatan. Seringkali kita lupa itulah nikmat yang setiap hari kita peroleh dari Nya. Jadi jangan lupa bersyukur ya semua. Berubah.. Tajuk post hari ini tentang perubahan, saya sedang ingin berubah, berubah ke arah lebih baik, semoga dipermudahkan oleh Nya. Aamiin. Mohon doa semua teman-teman ya.. In sya Allah.. Saya sedar, saya tak sebaik orang disekeliling saya, tidak sesempurna mereka.. Banyak khilf yang saya perbuat sehingga mereka yang saya sayang tinggalkan saya sebab merasakan saya ini tidak layak bersama mereka.. Mungkin sememangnya ini hikmah yang Allah nak tunjukkan pada mereka, kenapa mereka berpisah dengan saya.. Sebab saya bukan orang yang baik.. Mulai saat ini, saya tidak akan mendekati sesiapa di sekeliling saya sebab saya taknak merasakan kehilangan.. Sakitnya kehilangan itu memerlukan kesabaran dan ketabahan tatkala tersungkur dan ingin bangun semula tanpa sesiapa.. Berat, cukup berat untuk bangun semula, sebab itu bagi mengelakkan dari merasakan sakit kehilangan, saya tidak mahu menerima atau mendekati sesiapa pun lagi..

       Cuba mengikhlaskan sesuatu saat ini juga sangat-sangat menyakitkan, bayangkan sahaja la, kena ikhlaskan kebahagiaan si dia yang kita sayang bersama orang lain, orang yang dia sayang selama ini, cukup menyiksa jiwa dan sangat menyakitkan hati sehingga ingin menangis tapi bukan menangis mengalirkan air mata, menangis yang perit tidak dapat mengalirkan airmata itu jauh lebih menyakitkan. Saya bahagia andai itu membahagiakan dia, kerana sesungguhnya melihat orang yang kita sayang bahagia juga dapat membuatkan kita bahagia, in sya Allah. Entah, mungkin selama ini meletakkan harapan terlalu tinggi sehingga jatuh terdampar. Terasa kehilangan sangat sebab selama ini dia la yang banyak buat saya ketawa, membuat saya rasa hari-hari saya diberi sokongan dan selalu teman saya ke mana pun saya pergi. Terima kasih ya untuk semua tu. Saya tahu sekarang kenapa ramai mengejar awak, tapi saya minta maaf sebab saya mengharapkan awak selama ini sampai saya tak sedar, saya tak layak untuk bersama awak.. Jaga diri ya awak.. Semoga awak bahagia bersama orang yang awak sayangi dan awak cintai.. Andai selepas ini saya pergi jauh dari hidup awak, saya berharap awak tidak lupakan kenangan manis yang kita pernah lalui.. Maafkan la silap dan salah saya sepanjang pengenalan kita.. Fi hifzillah.. Semoga berjaya dunya wal akhirat ya..

Thursday 21 April 2016

Sakit

Assalamualaikum | Waalaikumusalam .

       Kelihatan diluar sudah move on tapi dalam hati, siapa yang dapat meneka. Sakit melihat kemesraan kau, perlukah kau screenshot si "dia" call kau di whatsapp? Then post di wechat? Untuk apa? Untuk menyakiti aku? Kenapa kejam sungguh kau sekarang? Aku siang malam berdoa agar dijagakan hati kau untuk aku, supaya dipertemukan kita suatu hari nanti untuk mencipta kenangan yang lain. Tapi sakit ri, sakit hati aku melihat kau mengharapkan cinta dan sayang dari orang lain, orang yang sudah dimiliki. Seolah kau menunggu dia putus dengan kekasihnya lalu menyatakan cinta kepada dia. Tidak lansung kau melihat aku di sekeliling yang cuba bangkit dari rasa sakit yang terus mencintaimu dalam diamku, terus mengorbankan jiwa aku sehingga rapuh hati ini. Cuma pada Allah aku mengadu, cuma pada Allah aku mengeluh tentang sakit yang aku rasakan sekarang ri. Sebab tiada yang peduli dengan rasaku, kau pergi dengan begitu cepat menghilangkan rasa kasih dan sayang serta cinta yang pernah kita semai bersama. Dulu kau hadir tanpa dipinta, setelah hati ku kau curi, kau pergi tanpa ku rela meninggalkan bekas luka yang mendalam, sungguh tidak terkata aku, hanya mampu berdiam dan tersungkur melihat kebahagiaan kau saat ini. Mungkin kau sudah nampak hikmah dibalik semua ni, tapi aku belum, aku belum nampak dimana ri, tunjukkan kepada aku. Aku mohon.

       Kenapa semua harapan ku musnah, cuba berlagak tidak peduli tapi hati masih tak dapat berbohong. Kejam ka aku saat ini ri, tipu orang sekeliling, tipu diri sendiri yang aku tiada sudah rasa sayang kepada kau tapi kenyataannya, tidak pernah sedikit pun berkurang. Kenapa Allah tak pernah mengambil kembali rasa sayang aku untuk kau sedangkan dia tidak mahu kita bersatu? Memang Allah takkan berikan ujian kepada hambanya melainkan hambanya mampu, tapi sedikit demi sedikit aku rapuh ri, melihat kau. Mahu saja aku buang hati, jauh .... supaya tiada lagi datangnya sayang, cinta, rindu, kasih yang masih ada ni.. Kenapa kau takpernah cuba untuk faham ri.. Kenapa kau terus layan aku begini.. Saat aku betul-betul mencintaimu, kau biarkan aku pergi dengan rasa yang menyakitkan.. Kenapa kau tak cuba tanya pada hatimu, apakah masih sama sayangmu terhadap aku? Andai suatu saat nanti, aku pergi.. Aku harap kau tahu yang aku masih disini menunggu pintu hatimu terbuka untuk terima aku.. sentiasa aku mendoakan agar dilembutkan hatimu dan digerakkan hatimu untuk memberikan aku peluang kedua.. In sya Allah , Dia la perancang terbaik. Maafkan aku hairi sebab masih tak dapat lupakan kau sampai saat ini.

Wednesday 20 April 2016

Kuatkan Diri

Assalamualaikum | Waalaikumusalam .

          Hai semua, selamat petang dan selamat malam untuk orang yang dah nak masuk tidur tu.. Hehe.. Berkenaan kuatkan hati ini adalah bererti saya sudah kuatkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan hidup saya untuk lupakan insan-insan yang memandang saya dengan seburuk-buruk pandangan. Awak, saya ada perasaan, ada hati, saya manusia biasa yang melakukan khilaf, pada masa saya sedang berubah, saya betul-betul berubah. Tapi kenapa buruk betul pandangan awak, kalau betul la awak tidak boleh memberikan peluang kepada saya untuk perbaiki semuanya. Tolong jujur dan terus terang. Bukan memberi harapan seterusnya buat saya sakit hati dan menangis melihat perlakuan awak yang pada saya betul-betul kejam dan menyiksa jiwa kecil saya. Kata-kata awak cukup dalam buat saya. Saya minta peluang bukan bermaksud saya menganggap orang tersebut sampah, yang telah dibuang kemudian dikutip semula. Sedikit pun tidak pernah saya terfikir ataupun beranggapan begitu. Tidak pernah saya menganggap orang yang saya sayang sebagai sampah, sungguh saya cakap. Pada saat awak cakap saya begitu, saya beriktikad saya takkan pernah tegur awak dan takkan pernah masuk dalam hidup awak kembali sebab saya taknak dituduh sedemikian rupa. Saya betul-betul tidak menyangka yang awak anggap saya seperti itu. Ya, saya mengaku, saya la sehina-hina manusia yang penuh dosa, tapi tolong jangan cakap begitu sebab saya tidak pernah buat begitu.

           Saya tak layak nak berkawan atau masuk hidup awak kembali sebab saya taknak dianggap mengutip sampah kembali sedangkan saya takpernah lansung anggap orang yang hadir dalam hidup saya sebagai sampah. Tapi bila orang menganggap sedemikian rupa, maknanya buruk betul pandangan dia terhadap saya. Entah apa yang saya lakukan selama ini sehingga saya dicopkan begitu. Maafkan saya awak andai sepanjang pengenalan kita, saya melukai awak sehingga kata-kata sinis yang keluar dari lubuk hati awak. Anggap sahaja yang kita tidak pernah kenal dan tidak akan pernah mengenali antara satu sama lain. Cukuplah tanggapan sinis awak, saya tidak mahu tambah pandangan sinis awak terhadap saya. Cukup la orang sekeliling memandang sinis terhadap saya, saya taknak tambah. Arwah abah saya ajar saya menghargai orang meskipun kita nampak hina dimata orang lain kerana sebaik-baik manusia iaitu Rasulullah sendiri dipandang hina oleh musuhnya, inikan pula kita yang hina berlumur dosa. Saya ikhlas awak, ikhlas kalau itu mampu buat awak bahagia. Pandang lah saya dengan pendangan yang sinis. In sya Allah, suatu hari awak akan sedar, saya sebenarnya cuma ingin bantu awak untuk sama-sama berjaya dengan saya. Saya berharap pengenalan kita adalah satu mimpi sebab saya taknak saya membenci insan yang pernah saya sayang tapi apakan daya, setelah saya melihat awak bermesra dengan orang lain depan mata saya, bagai dihiris hati saya, ya saya menangis tapi itu la saat terakhir saya menangis untuk awak dan sekarang saya perlahan-lahan membenci awak. Tolong jangan buat orang jatuh cinta dengan awak kalau awak sebenarnya sayangkan orang lain. Saya harap awak jaga orang yang datang dalam hidup awak selepas ini. Saya doakan awak sentiasa, bahagia dunia akhirat. In sya Allah.

Selamat malam. Selamat berbahagia dan selamat mengejar cinta awak :D

Sunday 17 April 2016

Jodoh

Assalamualaikum | Waalaikumusalam.

Morning and have a nice day semua ! Bukan nak cakap apa cuma nak share something sahaja . Let the picture explain to you okay :) I won't give up, selagi nyawa dikandung badan, selagi ada hayat untuk bernafas, I won't give up on you even it is not going smooth and may be challenging, it make me strong because Allah always there for me and makbulkan doa saya . In sya Allah . Take care ya awak ! Even saya sedih namun senyum la yang mampu saya buat saat ini .