JellyPages.com

Tuesday 1 March 2016

Better Life Begin

Assalamualaikum | Waalaikumusalam

                   Selamat petang wahai sahabat semua.. Tujuan entri saya pada kali ini adalah untuk melakarkan sedikit gambaran tentang kisah hidup saya yang terkini.. Terlebih dahulu biarlah kita bersyukur, bersyukur atas nikmat yang mungkin tidak kita ketahui tetapi masih hidup pada harini merupakan nikmat Allah yang tiada terhingganya untuk kita semua.. Alhamdulillah..

                    Pertama sekali ingin saya katakan bahawa saya tersangat bersyukur atas kebahagiaan yang diberikan ke atas diri saya, meskipun tiada lagi kasih dari seorang abah, tetapi saya masih lagi dapat merasai kasih sayang yang secukupnya dari seorang wanita yang saya gelarkannya dengan panggilan ibu.. Yang mana merupakan seorang wanita yang cukup tabah, sabar, berdikari akan tetapi seorang yang lemah secara dalamannya.. Mungkin air mukanya tidak pernah melakarkan kesedihan yang tersimpan dalam hati bahkan sentiasa dengan lagaknya yang tersenyum bahagia.. Walhal sebagai anak, saya tahu bagaimana rasa kesedihan yang sedang beliau tanggung.. Sedih tanpa teman hidup yang telah lama bersama membesarkan kami semua sehingga ke akhir hayat beliau.. Seringkali saya melihatnya menangis teresak-esak yang cuba beliau sembunyikan setiap kali selepas solat sebelum beliau melelapkan mata pada malam hari.. Saya dapat rasakan bebanan yang sedang beliau pikul untuk membesarkan kami serta memastikan kami menyambung pelajaran hingga ke menara gading untuk mencapai cita-cita yang sejak azali kami impikan.. Ibu, terima kasihku ucapkan yang tiada akhirnya untukmu kerana sentiasa mencuba yang terbaik untuk memastikan kami mendapatkan yang lebih baik..

                      Seterusnya, saya bersyukur atas kebahagiaan mengenali insan-insan baru yang banyak mengajar saya erti pahit manisnya sebuah perjalanan hidup.. Bak kata orang tua-tua, setiap yang pahit tersimpan manisnya yang tersembunyi, mudah sekali kita ambil contoh, mengapa sesetengah orang masih meneguk secawan kopi walhal kopi itu pahit.. Jawapannya mudah sekali, kerana mereka merasakan aroma kopi yang pahit itu tersembunyinya rasa manis.. Begitulah juga dengan lincah kehidupan kita, setelah pahit akan datang manisnya.. Jadi, bersabarlah okay? Untuk insan-insan yang pernah hadir, terima kasih atas pengalaman dan kenangan yang mematangkan diri ini.. Untuk insan yang baru hadir dalam hidup ini, terima kasih juga kerana sudi menerima diri yang begitu banyak kelemahan.. Terima kasih juga saya ucapkan pada seseorang yang banyak perbetulkan diri ini dan terima kasih juga kerana melengkapi segala kelemahan yang ada.. Mungkin kadang-kadang terasa hati dengan teguran tetapi saya sedar, sebagai manusia, selayaknya saya ditegur.. Saya tahu awak menegur sebab awak sayangkan saya dan ingin yang terbaik untuk saya.. Bersyukur saya dikurnia insan seperti awak yang masih menerima diri yang serba kekurangan.. Semoga jalinan kasih yang tercipta antara kita dapat dikukuhkan lagi dengan rasa saling percaya dan saling sokong antara satu sama lain.. In sya Allah jika Allah berkehendak, pasti sampai jodoh kita suatu hari nanti.. Apa yang kita mampu buat adalah percaya dan terus mencuba untuk memastikan terbaik untuk kita.. Aamiin.. Terima kasih Hairi Khuzairi..

                       Cukuplah dulu setakat ini coretan pada kali ini, andai ada umur yang panjang, bertemu pasti di coretan yang akan menyusul.. Minta maaf andai ada tersalah kata sepanjang menulis coretan yang tidak seberapa ini.. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan dalam peti, kalau ada silap dan salah, mohon jangan disimpan dalam hati.. Maafkan la diri ini.. Selamat malam semua..