JellyPages.com

Tuesday 16 September 2014

Perkenalan ♡

Assalamualaikum | Waalaikumusalam.

Hi. First of all , saya nak bagitahu sebab apa saya buat blogger baru . Hehe , saya aktif blogger yang lama tapi kerana kekangan masa belajar di MATRIK menyebabkan saya sukar untuk meluangkan masa menulis coretan manis ataupun pahit tentang kehidupan yang sedang saya jalani.

    Saya buat baru ni sebab yang lama tu adalah kehidupan lampau saya , bukan saya nak lupakan tapi saya cuma nak buka buku baru dengan kehidupan baru. Kehidupan baru yang mengajar saya erti tabah , sabar , tekun dan sentiasa mengingati Allah kerana Allah takkan beri ujian kepada hambaNya melainkan hambanya dapat memikul ujian itu. In sha Allah ujian yang sedang saya pikul tidak membuatkan saya lemah malah terus kuat demi mereka yang saya sayangi tak lain dan tak bukan iaitu ibu bapa saya sendiri , adik beradik saya , sahabat saya , kawan - kawan matrik saya yang banyak membantu dan buat saya tertawa… Terima kasih semua ♡ In sha Allah ukhwah kita sentiasa di bawah keredhaan Allah SWT...