JellyPages.com

Wednesday 20 April 2016

Kuatkan Diri

Assalamualaikum | Waalaikumusalam .

          Hai semua, selamat petang dan selamat malam untuk orang yang dah nak masuk tidur tu.. Hehe.. Berkenaan kuatkan hati ini adalah bererti saya sudah kuatkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan hidup saya untuk lupakan insan-insan yang memandang saya dengan seburuk-buruk pandangan. Awak, saya ada perasaan, ada hati, saya manusia biasa yang melakukan khilaf, pada masa saya sedang berubah, saya betul-betul berubah. Tapi kenapa buruk betul pandangan awak, kalau betul la awak tidak boleh memberikan peluang kepada saya untuk perbaiki semuanya. Tolong jujur dan terus terang. Bukan memberi harapan seterusnya buat saya sakit hati dan menangis melihat perlakuan awak yang pada saya betul-betul kejam dan menyiksa jiwa kecil saya. Kata-kata awak cukup dalam buat saya. Saya minta peluang bukan bermaksud saya menganggap orang tersebut sampah, yang telah dibuang kemudian dikutip semula. Sedikit pun tidak pernah saya terfikir ataupun beranggapan begitu. Tidak pernah saya menganggap orang yang saya sayang sebagai sampah, sungguh saya cakap. Pada saat awak cakap saya begitu, saya beriktikad saya takkan pernah tegur awak dan takkan pernah masuk dalam hidup awak kembali sebab saya taknak dituduh sedemikian rupa. Saya betul-betul tidak menyangka yang awak anggap saya seperti itu. Ya, saya mengaku, saya la sehina-hina manusia yang penuh dosa, tapi tolong jangan cakap begitu sebab saya tidak pernah buat begitu.

           Saya tak layak nak berkawan atau masuk hidup awak kembali sebab saya taknak dianggap mengutip sampah kembali sedangkan saya takpernah lansung anggap orang yang hadir dalam hidup saya sebagai sampah. Tapi bila orang menganggap sedemikian rupa, maknanya buruk betul pandangan dia terhadap saya. Entah apa yang saya lakukan selama ini sehingga saya dicopkan begitu. Maafkan saya awak andai sepanjang pengenalan kita, saya melukai awak sehingga kata-kata sinis yang keluar dari lubuk hati awak. Anggap sahaja yang kita tidak pernah kenal dan tidak akan pernah mengenali antara satu sama lain. Cukuplah tanggapan sinis awak, saya tidak mahu tambah pandangan sinis awak terhadap saya. Cukup la orang sekeliling memandang sinis terhadap saya, saya taknak tambah. Arwah abah saya ajar saya menghargai orang meskipun kita nampak hina dimata orang lain kerana sebaik-baik manusia iaitu Rasulullah sendiri dipandang hina oleh musuhnya, inikan pula kita yang hina berlumur dosa. Saya ikhlas awak, ikhlas kalau itu mampu buat awak bahagia. Pandang lah saya dengan pendangan yang sinis. In sya Allah, suatu hari awak akan sedar, saya sebenarnya cuma ingin bantu awak untuk sama-sama berjaya dengan saya. Saya berharap pengenalan kita adalah satu mimpi sebab saya taknak saya membenci insan yang pernah saya sayang tapi apakan daya, setelah saya melihat awak bermesra dengan orang lain depan mata saya, bagai dihiris hati saya, ya saya menangis tapi itu la saat terakhir saya menangis untuk awak dan sekarang saya perlahan-lahan membenci awak. Tolong jangan buat orang jatuh cinta dengan awak kalau awak sebenarnya sayangkan orang lain. Saya harap awak jaga orang yang datang dalam hidup awak selepas ini. Saya doakan awak sentiasa, bahagia dunia akhirat. In sya Allah.

Selamat malam. Selamat berbahagia dan selamat mengejar cinta awak :D

No comments:

Post a Comment